Monday, December 16, 2013

Pataniah Skrub Semula Jadi

PATANIAH Skrub Semula Jadi adalah skrub badan yang dihasilkan daripada beras iaitu bahan semula jadi yang menjadi asas utama produk penjagaan kulit terunggul ini. PATANIAH Skrub Semula Jadi dihasilkan secara eksklusif dan 'handmade' daripada bahan alami. Skrub yang organik tanpa bahan kimia dan tentunya semula jadi. Skrub beras ini sangat baik untuk digunakan pada badan dan boleh juga digunakan untuk skrub muka. Untuk badan gunakanlah dua kali seminggu untuk hasil yang terbaik dan boleh digunakan untuk muka dua minggu sekali sahaja kerana kulit muka lebih nipis dan lebih sensitif. 

PATANIAH Skrub Semula Jadi menggunakan beras sebagai bahan asas dalam penghasilan produk yang sememangnya sudah digunakan sejak turun-temurun lagi untuk penjagaan kulit. Beras adalah bahan semula jadi yang berkesan untuk memberikan kelembutan dan kelembapan kepada kulit. Skrub ini digunakan untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengangkat kotoran pada kulit. Hasilnya anda akan mendapatkan kulit yang lebih lembut, gebu, halus, mulus dan lembap secara semula jadi tanpa perlu menggunakan bahan-bahan kimia. PATANIAH Skrub Semula Jadi. Kulit cantik, sepersis dirimu. Cubalah sekarang!



No comments:

Post a Comment